Pulau Pinang
Penang's Famed Beaches
Penang's northern shoreline is famous for its beautiful beaches of golden sand and deep blue seas. The Tanjung Bungah, Batu Ferringhi and
Teluk Bahang beaches offer expansive stretches of glittering
sand interspersed with secluded coves within the shelter of gigantic
rocks. It is along this famous coastline that resorts of international
standard have sprouted up, offering a host of water-based recreational
facilities.If you crave for privacy, head for Teluk Duyung, Monkey Beach, Pantai Keracut and Pantai Mas accessible via the trails in the Pantai Acheh Forest Reserve from Teluk Bahang. The Pasir Panjang Beach at the southwestern tip of the island is a good clean stretch for swimming and can be reached after a 25-minute hike over hilly land from Betong.

A little further along the coast towards Georgetown, Batu Ferringhi (Foreigner's Rock) is a resort strip lined with big hotels, tourist shops, restaurants and car and motorcycle rental offices. They are also plenty of moneychangers to welcome you.
The beach itself is quite good, thought not up there with Malaysia's best and the water is not of the tropically clear variety you might expect. The beach is kept clean, even on weekends when hordes of day-trippers visit.
Batu Ferringhi has the drawbacks of a large resort, it can be crowded and much of the greenery has been replaced by concrete, but also the advantages (plenty of restaurants, watering holes and recreation facilities). It has quite a lively resort feel, and there is a good night markets on the main road selling trinkets. The big hotels offer good deals at times and cheaper accommodation is available if you want a few days by the beach.
Tanjung Bungah Beaches

The closest beach to George Town is Tanjung Bungah beach. The shoreline here is packed with lush greenery and dotted with large boulders. You can also sunbathe in the shadow of the overhanging cliffs.
The ocean view at Tanjung Bungah beach is said to be one of the best on the island! Even better yet, visitors do not need to forgo luxury while visiting Tanjung Bungah? beach as there are many world-class resorts and hotels here.
Pulau Sipadan(Sabah), pulau terindah
Pulau Sipadan terkenal dengan keindahan lautnya yang menjadi faktor
penarik melambai ramai pelancong ke sini. Pulau Sipadan adalah sebuah
pulau lautan berhampiran Semporna, sebuah bandar di pantai timur Sabah.
Ia satu-satunya pulau di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian
600 meter dari paras air. Ia dilabelkan antara lima lokasi menyelam
terbaik di dunia yang menjanjikan keunikan dasar laut memukau dan sukar
digambarkan dengan kata-kata.
Sipadan tidak hanya dikenali destinasi menyelam tetapi
diiktiraf kawasan santuari burung seawal 1933. Aktiviti selam skuba nadi
kawasan perairan ini dan Sipadan adalah syurga hidupan laut.
Pemandangan dasar laut Sipadan yang penuh dengan kehidupan
marin seperti barracuda, penyu, ikan serta birai, batu rungkupan, gua
besar dan cerombong yang menegak di bawah air yang dibentuk pelbagai
karang menanti untuk disaksikan penyelam yang ingin menikmati tempat
selam yang menyeronokkan dan tercantik di dunia.
Mengikut keputusan undian
umum yang dikeluarkan oleh organisasi tunggal bagi pengundian 7
keajaiban terbaik dunia (New 7 Wonders of Nature votes commitee), Pulau
Sipadan telah tersenarai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan
terbaik dunia pada tahun berakhir Julai 2009 -
Pulau Sipadan terkenal dengan keindahan lautnya yang menjadi faktor
penarik melambai ramai pelancong ke sini. Pulau Sipadan adalah sebuah
pulau lautan berhampiran Semporna, sebuah bandar di pantai timur Sabah.
Ia satu-satunya pulau di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian
600 meter dari paras air. Ia dilabelkan antara lima lokasi menyelam
terbaik di dunia yang menjanjikan keunikan dasar laut memukau dan sukar
digambarkan dengan kata-kata.
Pemandangan dasar laut Sipadan yang penuh dengan kehidupan
marin seperti barracuda, penyu, ikan serta birai, batu rungkupan, gua
besar dan cerombong yang menegak di bawah air yang dibentuk pelbagai
karang menanti untuk disaksikan penyelam yang ingin menikmati tempat
selam yang menyeronokkan dan tercantik di dunia.
Pulau Redang Pulau Idaman

Pulau redang merupakan salah satu pulau yang paling popular bukan sahaja di Malaysia tetapi di dunia. Terkenal dengan kebiruan airnya, kelembutan dan kehalusan pasir dan juga merupakan salah satu destinasi kesukaan bagi penyelam skuba.
Pulau ini terbahagi kepada empat bahagian utama sebagai destinasi pelancongan iaitu Teluk Kalong, Teluk Bakau, Pasir Panjang dan Teluk Dalam. Setiap teluk mempunyai kawasan pantai dan chalet atau resort.
Lokasi paling menjadi tumpuan adalah di Pasir Panjang di mana
terletaknya banyak chalet dan resort sepanjang pantai tersebut. Tidak
seperti di Pulau Perhentian, ke semua operator chalet dan resort di sini
menggunakan kaedah pakej dan setiap pakej bergantung kepada jenis bilik
serta perkhidmatan yang di tawarkan. Laguna Redang, Redang Kalong, Redang Reef, Ayu Mayang, Redang Holiday, Redang Beach &Sari Pacifica Resort adalah merupakan antara operator yang menjalankan operasi di Pasir Panjang.
Jika anda inginkan suasana yang lebih ‘privacy’ atau sunyi anda
boleh memilih untuk menginap di Redang Mutiara yang terletak di Teluk
Kalong atau jika anda mempunyai baget apa salahnya menginap di Berjaya
Redang yang terletak di Teluk Dalam, yang pasti biarkan percutian anda
itu berbaloi dengan apa yang anda dapat dan belanjakan.
Kebanyakan operator akan menggunakan jeti Merang sebagai
transit untuk anda ke pulau. Jika anda datang ke Terengganu menggunakan
bus kebiasaanya pihak operator akan menyediakan pengangkutan bagi
perjalanan daripada Kuala Terengganu ke jeti Merang.
Kos pengangkutan biasanya akan di kenakan cas secara berasingan
daripada harga pakej, Jika anda menggunakan kenderaan sendiri, anda
boleh terus memandu ke Jeti Merang, kebanyakan pelancong yang saya juga
yang tidak biasa ke Terenggganu mereka selalunya bertukar antara Jeti
Merang dan Jeti Marang.
Jeti Merang terletak didalam daerah Setiu manakala Jeti Marang terletak didalam daerah Marang yang menjadi transit bagi mereka yang ingin ke Pulau Kapas dan Gemia. Sekiranya pula anda datang melalui penerbangan, anda boleh memilih untuk mendapatkan perkhidmatan teksi lapangan terbang atau berurusan dengan pihak operator chalet yang anda tempat bagi tujuan menjemput anda. Oleh kerana percutian di Redang berdasarkan pakej jadi kebiasaannya anda akan di bawa untuk snorkeling pada petang hari pertama, dan pada hari kedua anda akan di bawa untuk snorkeling lagi sebanyak dua kali dan salah satunya adalah di Taman Laut Pulau Redang yang terletak di Pulau Pinang.
Anda
boleh memilih untuk tidak pergi snorkeling jika sekiranya anda mahu
bersantai-santai sambil menikmati keindahan Pulau Redang atau bermain
volleyball yang biasanya di sediakan oleh kebanyakan operator chalet.
Bagi yang berkulit sensitif pastikan anda membawa bekalan ‘sun block’
bagi mengelakkan kulit anda bertukar warna.
Oleh kerana keadaan pantai di Pulau Redang yang mengadap ke
arah timur jadi pada setiap pagi ketika berada di sana anda akan
berpeluang melihat matahari terbit. Saya nasihatkan anda tidak
melepaskan peluang untuk melihat keindahan ciptaan ilahi ini. Selewatnya
anda perlu berada di pantai sekitar jam 6.45 pagi dan bersedia dengan
kamera anda. Carilah tempat yang sesuai bersama rakan-rakan anda dan
rakamlah gambar sebagai salah satu kenangan terindah anda di Pulau
Redang.
Bagi mereka yang berminat dengan selam skuba, banyak operator selaman yang boleh anda pilih di sini dan kebanyakan chalet dan resort mempunyai kemudahan ini. Lokasi seperti Mak Cantik, Pulau Paku Besar, Cina Terjun, Tanjung Tokong, Pulau Lima, Pulau Kerengga, Pulau Ekor Tebu dan sebagainya sudah tentu akan menjanjikan pelbagai keindahan dasar laut untuk anda.
Bagi mereka yang tidak mempunyai lisen menyelam anda masih
dapat lagi melakukan aktiviti ini yang mana ianya di panggil sebagai
‘discovery scuba’, anda akan di ajar teknik asas menyelam dan di bawa
menyelam pada kedalaman tertentu yang akan di temani oleh ‘dive master’.
Jika anda berani apa salahnya mencuba dan menikmati keindahan dasar
laut Pulau Redang. Sudah tentu percutian anda akan lebih bermakna.
Pulau Pangkor Destinasi Percutian Anda
Pulau
Pangkor terletak di Pantai Barat Semenanjung, di dalam negeri Perak
Bumi Bertuah. Ia merupakan pusat pelancongan utama di negeri Perak
sedang dimajukan sebagai pusat pelancongan bertaraf antarabangsa.
Dari
Kuala Lumpur anda boleh memandu melalui lebuhraya PLUS ke Ipoh dan
seterusnya ke Lumut. Terdapat perkhidmatan bas ekspres KL-Lumut-KL
sepanjang hari. Dari Lumut anda akan menaiki feri ke Jeti Pangkor. Dari
jeti anda akan dibawa ke resort pilihan anda sama ada di Pasir Bogak
atau di Teluk Nipah dengan teksi (van). Anda juga boleh menaiki
penerbangan Berjaya Air terus dari Kuala Lumpur untuk mendarat di Teluk
Dalam.
Eko-Pelancongan & Agro-Pelancongan
Pulau
Pangkor masyhur dengan industri perikanan yang telah diusahakan
semenjak dahulu lagi. Pangkor membekalkan ikan segar yang berkualiti ke
pasaran Kuala Lumpur dan Singapura. Selain itu hasil laut seperti bahan
makanan proses dinginbeku, ikan kering, ikan bilis dan makanan ringan
(satay fish) turut di pasarkan di bandar-bandar lain di Malaysia.
Jika
anda berkunjung ke Pulau Pangkor, anda akan berpeluang untuk melihat
sendiri bagaimana hasil laut diproses dan anda boleh membeli
barang-barang tersebut dengan harga yang istimewa.
Satu
lagi aspek pelancongan yang kini kian popular di Pulau Pangkor ialah
eko-pelancongan. Pulau Pangkor memiliki kekayaan alam semulajadi, bukan
sekadar hutannya yang kaya dengan flora dan fauna serta bentuk muka bumi
yang mencabar peminat aktiviti luar, malah juga kekayaan dasar laut
iaitu karangan laut serta hidupan laut yang eksotik dan unik.
Tempat
yang sering menjadi tumpuan remaja menjalankan aktiviti perkhemahan
ialah Teluk Segadas. Di Teluk Nipah terdapat resort penginapan dan
tapak-tapak perkhemahan yang menyediakan kemudahan-kemudahan asas dengan
kadar sewa yang berpatutan.
1. Pantai Pasir Bogak
Lokasi 15 minit perjalanan dari Jeti Pulau Pangkor .
Pantai Pasir Bogak terletak kira-kira 5 km dari Pekan Pangkor. Untuk ke pantai ini, pengunjung perlu mengambil masa lebih kurang 15 minit perjalanan dari Jeti Pulau Pangkor. Panjang pantai ini lebih kurang 1.3 km dan terkenal dengan aktiviti berkelah, mandi-manda, sukan air, berbasikal dan memancing.
Kemudahan dan insentif dari Majlis Perbandaran Manjung
Tapak Perkhemahan
Chalet
Kedai Cenderamata
Kedai Makan
Telefon Awam
Tong Sampah
Papan Tanda
Laluan Pejalan Kaki
Tempat Letak Kereta
Khidmat promosi
2. Pulau Giam
Pulau Giam terletak kira-kira 5 km dari Pekan Pangkor dan berhadapan dengan Teluk Nipah. Pulau ini terkenal dengan aktivit ‘snorkeling’. Para pengunjung berpeluang untuk melihat sendiri pemandangan batu karang di dasar laut dan juga kepelbagaian spesis ikan yang menarik.
Di Pulau Giam, airnya yang biru kehijauan dan jernih membolehkan penggemar sukan air melakukan pelbagai aktiviti termasuksnorkeling ‘menyelami’ batu karang, bermain jet ski, menunggang banana bot, berkayak, menikmati keindahan pantai dengan kapal layar serta menemui gamat.
3. Pantai Teluk Nipah
Lokasi 1 km dari Pasir Bogak
Teluk Nipah merupakan tempat perkelahan yang popular di Pulau Pangkor. ia mempunyai pemandangan laut yang cantik. Teluk Nipah mempunyai kemudahan awam dan tempat penginapan yang selesa. Pantai Teluk Nipah terletak kira-kira 5 km dari Jeti Pulau Pangkor dan berhadapan dengan Pulau Giam. Ia terkenal dengan pantai yang landai, pasir yang putih dan halus serta warna air laut yang kebiru-biruan. Aktiviti yang boleh dijalankan di sini ialah sukan air, berkhemah dan berkelah. Terdapat juga sebuah tokong cina yang menjadi tumpuan umum di kawasan ini.
Kemudahan dan insentif dari Majlis Perbandaran Manjung
Tapak perkhemahan
Taman permainan kanak-kanak
Chalet
Kedai cenderamata
Kedai makan
Wakaf
Bangku
Kerusi rehat
Tandas
Bilik persalinan
Telefon awam
Tong sampah
Papan tanda
Laluan pejalan kaki
Tempat letak kereta










No comments:
Post a Comment