Malaysia merupakan sebuah negara membangun yang terletak di Asia Tenggara dan sangat istimewa dari segi kedudukannya yang berada di garisan khatulistiwa. Malaysia mempunyai iklim panas dan lembap sepanjang tahun. Oleh itu,tidak hairanlah sekiranya Malaysia adalah negara yang menjadi pilihan para pelacong dalam mahupun luar negara sebagai salah satu tempat percutian mereka.
PETA KAWASAN PELANCONGAN DI MALAYSIA
Terdapat 14 buah negeri di dalam Malaysia yang kaya dengan pelbagai budaya dan tempat pelancongan menarik yang boleh dilawati oleh semua lapisan pelancong tidak kira tua mahupun muda.
Malaysia kaya dengan pelbagai jenis adat dan budaya dari berlainan jenis bangsa seperti Melayu,Cina,India,Siam,Iban,Kadazan,Melanau,Jawa,Minangkabau,Baba dan Nyonya dan banyak lagi.Antara tempat yang boleh dilawati bagi mengetahui dengan lebih mendalam budaya sesebuah kaum itu adalah di negeri Sabah,Sarawak,Negeri Sembilan,Melaka,Kelantan dan Perak.
ANTARA CONTOH RUMAH TRADISIONAL MALAYSIA (BUDAYA)
Malaysia juga kaya dengan sejarah dahulu kala dan juga lagenda yang berlaku suatu ketika dahulu.Bagi mereka yang lebih berminat untuk mengenali sejarah serta legenda yang berlaku di Malaysia,mereka boleh berkunjung ke pelbagai tempat bersejarah itu.Beberapa tempat tersebut adalah seperti di Kota A'Famosa,Melaka,Pulau Langkawi Kedah,Lembah Bujang Merbok,Kedah,Istana Lama Seri Menanti Negeri Sembilan dan Kota Belanda,Perak.
KOTA BERSEJARAH
Selain itu,terdapat juga kawasan rekreasi dan pantai yang indah bagi pelancong yang meninginkan kedamaian serta ketenangan. Pantai yang terdapat di Malaysia seperti Pulau Tioman,Pulau Pangkor dan banyak lagi manakala kawasan air terjun pula adalah AIR TERJUN LATA TEMBAKAH, TERENGGANU,AIR TERJUN CHILING, SELANGOR,AIR TERJUN JERAM TOI, NEGERI SEMBILAN dan AIR TERJUN LATA KINJANG, PERAK.
INDAHNYA PANORAMA SEMULAJADI MALAYSIA
Disamping itu terdapat banyak lagi tempat menari yang boleh dikunjungi oleh para pelancong. Ingin mengetahui dengan lebih mendalam tempat yang boleh anda kunjungi,teruskan membaca setiap post di dalam blog ini. Terima kasih .
SELAMAT MELANCONG DI MALAYSIA
No comments:
Post a Comment