Thursday, 17 October 2013

Indahnya Pulau Langkawi Pulau Lagenda


Untuk review yang pertama ni saya nak berkongsi tempat-tempat menarik di Langkawi untuk panduan anda. Pulau Langkawi merupakan antara tempat yang menarik untuk dilawati. Rugi rasanya jika anda tak memilih Langkawi sebagai destinasi percutian anda . Berikut adalah diantara destinasi pelancongan yang  menarik di Langkawi. Jom tengok.


  • Tanjung Rhu Langkawi 
   

         Tanjung Rhu terletak di sebelah utara Pulau Langkawi dan dinamakan Tanjung Rhu kerana terdapat banyak pokok rhu di sekitarnya .Pemandangan yang indah di sepanjang pantainya pasti memukau setiap mata yang memandang . 

        Perjalanan singkat dengan bot dari Tanjung Rhu akan membawa anda ke pintu masuk Gua Cerita yang menyimpan pelbagai cerita misteri,terdapat tulisan kuno yang masih belum dapat di tafsirkan sehingga kini masih boleh dilihat di dinding -dinding gua tersebut.


  • Pantai-pantai di Langkawi 



        Pantai Kok,Pantai Cenang,Pantai Tengah,Pantai Pasir Tengkorok Datai dan Teluk Burau.Pantai-pantai ini menawarkan suasana perkelahan yang mengasyikkan. Hotel mewah dan chalet juga di sediakan untuk kemudahan pengunjung.Bagi penggemar aktiviti lasak ,pelbagai kegiatan yang mencabar boleh diikuti.Manakala bagi penggemar makanan pula ,pelbagai juadah yang enak turut disediakan oleh restoran di hotel-hotel dan medan selera untuk dinikmati.


  • Tasik Dayang Bunting

  

        Tasik Dayang Bunting terletak di sebelah selatan Pulau Langkawi ,di kelilingi oleh tumbuh-tumbuhan hijau ,merupakan tasik yang terbesar di Pulau Langkawi.Bukit bukau dan gunung ganang di sekeliling tasik tersebut kelihatan seolah-olah seperti tubuh seorang wanita hamil yang sedang berbaring (boleh anda perhatikan melalui island hopping) Tasik dan pulau ini mendapat nama dari kisah dongeng masa lalu. 

       Lagenda ini bermula dengan percintaan puteri kayangan yang mengahwini putera bumi. Anak sulong puteri tersebut mati apabila di lahirkan.Maka dengan rasa sedih beliau telah mengebumikan mayat anaknya di tasik tersebut .Sebelum pulang kekayangan ,beliau berdoa melalui saat itu ,setiap wanita yang tidak mempunyai anak akan dikurniakan anak sekiranya mandi ditasik tersebut . 


  • Taman Laut Pulau Payar Langkawi 

        Taman Laut Pulau Payar terletak dibahagian utara Selat Melaka,kira-kira 19 batu nautika ke selatan Pulau Langkawi .Taman laut ini terdiri daripada Pulau Payar,Pulau Lembu,Pulau Seganang dan Pulau Kaca yang dikelilingi oleh batu-batu karang . Ianya juga dipenuhi dengan pelbagai hidupan laut yang mempersonakan .Sesuai untuk aktiviti 'snorkling',menyelam dan berenang .

        Ada beberapa pantai pasir yang sesuai untuk berkelah ,tempat untuk barbeku dan bilik air di kawasan tertentu.Terdapat juga Kawasan Penerangan Pelawat yang menyediakan matlumat mengenai aman laut ini . Pelawat boleh ke Pulau Payar dari jeti Kuah menggunakan katamaran atau bot laju . Perjalan mengambil masa kira-kira 45minit.


  • Kuah- Langkawi 

        Pekan Kuah yang terletak di tenggara Pulau Langkawi merupakan pusat untuk pelancong berkunjung ke pulau-pulau lain dengan menggunakan feri .Nama 'Kuah' ini berasal dari cerita dongeng mengenai pergaduhan di antara dua ekor gergasi yang mengakibatkan sebelanga kari tertumpah di kawasan ini .Sempena dengan peristiwa tersebut ,tempat ini diberi nama 'Kuah'.

        Dahulunya ,Kuah hanya merupakan sebuah pekan kecil tetapi kini ia merupakan pusat bandar yang begitu maju dengan pelbagai kemudahan penginapan dan perniagaan tetapi ianya tidaklah sesibuk bandar-bandar besar yang lain .Kuah ialah pusat membeli-belah bebas cukai dengan pelbagai barangan yang bermutu manakala restoran-restoran di sini menghidangkan masakan yang lazat terutamanya makanan laut.


  • Makam Mahsuri Langkawi 



  

       Makam Mahsuri terletak kira-kira 12 km dari bandar Kuah .Ia merupakan makam peringatan ke atas pengorbanan Mahsuri di Langkawi,si jelita yang telah dituduh melakukan perkara sumbang .Mahsuri dijatuhkan hukuman bunuh ditikam sehingga mati dengan sebilah keris .Menurut lagenda,darah putih mengalir keluar dari tubuh Mahsuri setelah ditikam dan saat-saat menemui ajalnya beliau telah bersumpah ke atas Pulau Langkawi yang mana ia tidak akam maju dan bahagia selama tujuh generasi.Samada dongeng atau mitos,tujuh generasi telah pun berlalu dan sekarang Langkawi mengalami arus pembangunan yang begitu pesat sekali . 


  • Kampung Air Hangat 

        Kampung Air Hangat terletak dikawasan seluas empat ekar kira-kira 14 km dari Kuah .Kompleks moden ini dihiasi dengan tiga tingkat pancutan air panas dan mural dari batu sungai sepanjang 18 meter yang menceritakan lagenda tempat tersebut. Demontrasi kraft tangan tempatan dan tarian kebudayaan juga diadakan setiap hari . Para pelawat yang meminati kraftangan boleh mengunjungi kedai menjual kraftangan tradisional yang terdapat disini.


  • Laman Padi Langkawi

        Merupakan lokasi yang mesti dilawati oleh para penggemar pelancongan berasaskan pertanian .Terletak di Pantai Cenang ,kawasan pantai peranginan yang terkemuka Langkawi dan hanya 10minit dari Lapangan Terbang ,Laman Padi Langkawi menjadi pusat untuk mempamirkan sejarah ,warisan dan kemajuan industri penanaman padi negara .

         Diantara tarikan disini ialah muzium beras yang mempamirkan artifak ,carta dan gambar menunjukkan kepentingan penanaman padi kepada negara.Pelawat berpeluang menikmati pemandangan laman ini dari taman atas bumbung .Anda boleh cuba menanam padi menggunakan cara tradisional serta menuai menggunakan cara moden .Terdapat juga restoran serta pusat urut disitu . 


  • Langkawi Anna & The King Gallery 


        Tempat pengambaran filem yang indah dan mahal ini telah dibina oleh syarikat perfileman 20th Century Fox pada tahun 1999 untuk pembikinan filem 'Anna and The king'.Dibina keseluruhannya daripada kayu kayan tempatan oleh tukang kayu dari Malaysia dan luar negeri ,istana ini menyerupai istana tradisional kerajaan Siam pada zaman silam . 



  • Underwater World Langkawi
  



        Di sini kita boleh  berbagai hidupan laut yang di tempatkan didalam tangki kaca .Ia terletak di Pantai Cenang dan merupakan pusat tarikan yang menarik di Langkawi .Terdapat lebih 5000 jenis hidupan laut dipamerkan didalam lebih 100 tangki kaca yang berbagai saiz dan jenis .Tarikan utama adalah ikan-ikan yang besar seperti jerung,pari tropika,penyu serta yang terbaru seperti anjing laut ,penguin dan naga laut. Terowong sepanjang 15 meter telah di bina untuk kemudahan pengunjung berjalan sambil melihat keindahan hidupan laut yang mempersona. 


  •      Kereta Kabel Langkawi

  

         Dengan menaiki kereta kabel, ia akan membawa pelancong ke puncak Gunung Mat Chinchang di Langkawi untuk melihat keadaan alam yang indah. Selain itu, untuk mencapai puncak, selama 20 minit akan diambil dengan menaiki kereta kabel, sambil menduduki di kereta kabel, pelancong akan melalui hujan-hujan yang tebal dan juga air terjun di bawah kaki pelancong. Pelancong akan melihat sebagian kawasan Thailand dan Indonesia kalau cuaca terang.    pelancong juga dapat berjalan di atas “Langkawi sky bridge” – jambatan laluan jalan kaki yang terpanjang.


  • Taman Buaya Langkawi

      Taman Buaya Langkawi terletak di Kubang Badak jalan ke Datai dan Pantai Pasir Tengkorak lebih kurang 32km dari pekan Kuah .Disini terdapat lebih 1000 ekor buaya yang terdiri daripada pelbagai jenis spesis untuk tontonan orang ramai .Jika bernasib baik ,para pengunjung akan menikmati pertunjukan keberanian manusia bermain dengan buaya. 


  • Dataran Lang Langkawi
   

        Dataran Lang terletak berhampiran dengan jeti Kuah .Tarikan utama ialah arca seekor Burung helang..Menurut Lagenda ,Langkawi mendapat nama dari perkataan 'Lang' yang merupakan nama pendek bagi 'helang' .Manakala 'kawi' mengikut istilah melayu kuno bermaksut coklat.Maka Langkawi bermaksud Helang Coklat .Di dataran tersebut terdapat sebuah tasik yang indah ,restoran,jejambat ,jeti dan teres yang berbumbung .

        Kedudukannya yang berdekatan dengan pantai menjadikan ia sebuah tempat yang menarik bagi pengunjung yang bersiar-siar dan juga menikmati makan malam.Di samping itu ia juga terletak bersebelahan Taman Lagenda Langkawi . Dataran Lang ini kelihatan amat indah terutama di waktu malam .Arca Helang ini terletak di tempat yang strategik bagi mengucapkan 'Selamat Datang' kepada para pelawat yang mengunjungi Langkawi . 

  • Galeria Perdana Langkawi 

Galeria Perdana yang terletak di Kilim 10km dari Kuah menempatkan kira-kira lebih 2500 hadiah dan anugerah negara yang dihadiahkan kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ,Tun Dr. Mahathir dan isteri .Bahan pameran yang terdapat di sini termasuklah barangan kristal ,barangan kulit,perak,tembaga,seramik dan kaca.Terdapat juga alatan seni muzik dan kraf silam,bahan tekstil dan senjata . Diantara bahan yang turut dipamerkan adalah koleksi prototaip kereta dan pacuan empat roda . 


  • Taman Legenda Langkawi 


        Taman ini mengandungi pokok pokok bunga dan buah buahan tempatan yang memberikan satu pemandangan yang cantik dengan berlatarbelakang kan bangunan warisan Malaysia dan bahan bahan kebudayaan .Di dalam lawatan tersebut anda akan dapati segala kisah sejarah dan tempat tempat yang terdapat di Langkawi di ceritakan di sini .


  • Komplek Budaya Kraf Langkawi

        Terletak di Teluk Yu di sebelah utara Pulau Langkawi ,kira kira 30 minit perjalanan dengan kenderaan dari lapangan terbang atau 35 minit dari pekan Kuah .Terletak di atas bukit mengadap laut ,komplek yang indah ini menawarkan berbagai jenis kraftangan Malaysia seperti batik tulisan tangan dan barangan perak yang di ukir halus.


  • Sungai Kilim Langkawi

         Untuk mereka yang gemar menghayati keindahan alam ,Langkawi menawarkan pemandangan indah dan pengalaman yang sukar dilupakan ,aktiviti pelayaran dengan bot ke Taman Alam Sungai Kilim,sebuah dunia yang berlainan sama sekali .Taman seluas 100km persegi ini diselubungi kehijauan hutan paya bakau yang dilindungi ,serta ditaburi pantai terpencil yang putih bersih dan teluk kecil dengan air yang biru dan jernih .

        Struktur batu kapur yang muncul dari lantai paya bakau dan laut membentuk keunikan geologi yang menakjubkan dengan gelaran seperti kuil Borobudur,Batu Gajah dan Taman Gantung.Selain itu Gua Cerita dan Gua Kelawar yang dikaitkan dengan lagenda dan pelbagai kisah cinta dan misteri menanti anda . 

  • Langkawi -Telaga Tujuh (Seven Wells)

       Telaga Tujuh terletak disebelah barat laut Pulau Langkawi ,Telaga Tujuh merupakan telaga yang terbina dari kejadian bumi yang menakjubkan .Dinamakan Telaga Tujuh kerana air terjun ini terbentuk dari pecahan 7 telaga semula jadi . Kehijauan pepohon disekitar Telaga Tujuh menambahkan lagi suasana tenang disekelilingnya .Mengikut lagenda ,puteri-puteri dari kayangan sering mandi-manda di telaga ini.


  • Pelayaran ke pulau pulau 
        

         Pelayaran (langkawi island hopping )ke pulau pulau di sekitar Langkawi amat menyeronokkan kerana pelancong akan dapat menikmati keindahan semulajadi pulau pulau berkenaan .Pelayaran tersebut akan melalui Pulau Dayang Bunting ,Pulau Beras Basah dan Pulau Singa Besar .Aktiviti yang menarik semasa island hopping ini ialah melihat burung -burung helang terbang berdekatan dengan kita untuk makan makanan yang di berikan oleh pemandu-pemandu bot pelancong tersebut . 

No comments:

Post a Comment