Wednesday, 30 October 2013

Bukit Fraser

          Pekan kecil Bukit Fraser dikelilingi hutan hujan negeri Pahang. Pusat peranginan tanah tinggi ini yang terletak pada ketinggian 1,524 meter di atas paras laut merupakan tempat tumpuan para penggemar alam semulajadi kerana hutan di sini mengandungi pelbagai jenis tumbuhan, burung dan spesis haiwan yang lain.


         Bukit Fraser hanya boleh dikunjungi menerusi sebatang jalan yang melalui 'The Gap' yang terletak di kaki bukit. Sebaik sahaja anda melepasi 'The Gap', anda akan merasakan seolah-olah kembali ke zaman silam. Suasana di Bukit Fraser menyerupai suasana perkampungan di pedalaman negara Scotland yang dipenuhi dengan bangunan granit kelabu dengan gaya Tudor.


         Pekannya agak kecil dan kebanyakan aktiviti di sini tertumpu di sebuah dataran yang mempunyai sebuah menara jam yang cantik. Kebanyakan kemudahan di sini terletak di dalam bangunan-bangunan yang terbina pada zaman penjajahan Inggeris.

         Pusat peranginan ini dianggap sebagai tempat terunggul untuk aktiviti memerhati burung dan sering menjadi tuan rumah acara tahunan Pertandingan Memerhati Burung Antarabangsa Bukit Fraser.


         Pertandingan ini memerlukan peserta menyusuri laluan-laluan trek yang terdapat di dalam hutan di sini bagi mencari dan merekodkan jumlah pelbagai jenis burung yang boleh dilihat dalam tempoh masa yang ditetapkan.


        Anda boleh menikmati pelbagai jenis aktiviti ketika berada di Bukit Fraser. Antaranya, bermain golf di padang golf 9-lubang di Kelab Golf DiRaja Bukti Fraser atau padang golf 18-lubang di Fraser's Hill Golf & Country Club.


        Selain itu, anda boleh pergi memancing dan bersampan di Allans' Water, bersiar-siar di taman-taman bunga dan taman rekreasi atau mandi di air terjun Jeriau yang sungguh sejuk dan nyaman.


Tips

          Seboleh-bolehnya mulakan perjalanan anda menuju ke Bukit Fraser di siang hari supaya anda apat menikmati pemandangan indah sekitar hutan hujan yang segar di sepanjang perjalanan anda ke sana. Jika anda keluar dari Bukit Fraser di sebelah petang, janga lupa singgah di Empangan Kuala Selangor di mana anda boleh melihat pemandangan matahari terbenam yang amat indah.


Pengangkutan


● Kereta
Dari Jalan Kuala Kubu Baru, anda boleh mengambil sebatang jalan sehala yang menuju ke Bukit Fraser. Jalan sepanjang 8 km ini berliku-liku tetapi pergerakan trafik di kawal mulai jam 6.30 pagi hingga 7 petang untuk keselamatan pelawat. 


● Bas
Anda boleh menaiki bas di Stesen Bas Puduraya di Kuala Lumpur untuk ke Kuala Kubu Bharu. Di Kuala Kubu Bharu, anda perlu menaiki sebuah lagi bas ke Bukit Fraser yang bertolak pada pukul 8.00 pagi dan 2.00 petang setiap hari. Perkhidmatan teksi juga boleh didapati dari Kuala Lumpur untuk membawa anda ke Bukit Fraser.













Tuesday, 29 October 2013

Perlis negeri yang menarik


PERLIS adalah sebuah negeri yang kecil di Malaysia. Negeri ini terkenal dengan keindahan semula jadi, kawasan luar bandar dan hamparan tanaman padi yang saujana mata memandang


Sebagai negeri paling utara di negara ini, cuaca di Perlis agak panas di antara 21 darjah celcius hingga 32 darjah celcius. Sepanjang tahun ia mengalami cuaca yang kering dan ia mencatatkan jumlah hujan, 2,500 sentimeter setahun, dari Mei hingga Disember.


Perlis mempunyai banyak tempat tarikan pelancong untuk dikunjungi, antaranya:


Gua Kelam

Ia terletak kira-kira 26 kilometer dari Kangar. Gua batu kapur ini berhampiran Wang Kelian, sempadan Malaysia-Thailand. Zaman dulu, gua ini digunakan untuk membawa barang antara penduduk tempatan dan masyarakat Siam.


Ia tidaklah terlalu gelap seperti yang anda sangka kerana sepanjang laluannya disediakan lampu untuk memudahkan pelancong melihat pemandangan di dalam gua itu.


Padang Besar



Padang Besar ialah kawasan beli-belah yang berhampiran sempadan Malaysia-
Thailand. Anda boleh berjalan kaki untuk sampai ke wilayah Thailand jika mempunyai pasport atau pas sempadan. Kebanyakan barang sama ada keluaran tempatan atau dibawa dari Thailand. Harganya yang murah menyebabkan ia menjadi tarikan pelancong tempatan dan luar termasuk dari Eropah, China dan Jepun.


Kuala Perlis


Ia terletak di perairan Sungai Perlis. Kuala Perlis memang terkenal dengan laksa kuah belut. Ia juga menjadi tempat masuk bagi pelancong yang mahu Ke Langkawi atau wilayah di Selatan Thailand. Kemudahan feri dan bot membolehkan pelancong melihat pemandangan indah sepanjang perjalanan ke destinasi yang dituju.


Arau

Arau ialah bandar diraja, terletak kira-kira 10 kilometer dari Kangar. Di sini, anda boleh melihat Istana Diraja dan Masjid Negeri.


Tasik Melati



Tasik Melati kecil tetapi ia terletak di kawasan tanah rendah, kira-kira lapan kilometer di utara Kangar. Di sini, anda boleh melihat lebih 150 beting pasir yang menyerupai pulau. Anda boleh menggunakan bot atau sampan untuk bersantai dia tasik ini.


Gunung Medan


Gunung Medan terletak kira-kira enam kilometer di selatan Kangar. Kawasan ini mengandungi 300 kaki tinggi batu kapur. Ia boleh dikunjungi sama ada menggunakan kereta atau berjalan kaki memanjat bersama rakan.


Taman Ular



Taman Ular asalnya digunakan untuk membuat penyelidikan mengenai reptilia itu sama ada bisa yang dihasilkan dan pembiakannya. Pelbagai jenis ular termasuk tedung selar, sawa, ketam padi dan kapak boleh anda lihat di sini. Taman ini sering menganjurkan pertunjukan ular untuk menarik minat pelancong mengunjungi tempat ini.


Membeli belah


Padang Besar dan Bukit Kayu Hitam yang terletak di sempadan Malaysia-Thailand memang terkenal sebagai syurga beli-belah dengan harga yang murah. Di Padang Besar, anda boleh mendapatkan apa saja daripada barangan kulit, beg tangan, baju-T, kemeja dan barangan rumah. Ia dihasilkan di Thailand dan dijual di sini.
Sementara, pusat beli-belah di Bukit Kayu Hitam terkenal dengan barangan bebas cukai.


Cameron Highlands Tanah Tinggi yang nyaman


            Cameron Highlands merupakan antara pusat peranginan terkenal di Malaysia. Ia terletak di negeri Pahang, di tengah-tengah Banjaran Titiwangsa,yang berada pada 1524 meter dari aras laut.

           Ia menjadi tarikan kepada pelancong tempatan dan asing kerana cuacanya yang dingin, tempat-tempat yang menarik dan ladang-ladang teh yang telah ditubuhkan pada akhir tahun 1929.

           Selain itu, ladang sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga-bungaan menjadi tarikan utama.Tempat berkhemah dan laluan pendaki juga disediakan bagi pelancong yang gemar mendaki dan berkhemah. Aktiviti tersebut amat sesuai untuk mengisi masa cuti anda.
 
Tempat-tempat Menarik Di Cameron Highlands



Galeri BiGDee House of Magic Potions

Galeri BiGDee House of Magic Potions. Taman Royal Lily, Tanah Rata (bersebelahan Cameronian Inn/ Pejabat TNB Tanah Rata). Galeri pameran aromaterapi warna-warni berasaskan proses hijau mikrofungus dan tumbuh-tumbuhan.



 Gunung Brinchang


Gunung Brinchang

Pandangan panoramik daripada puncak Gunung Brinchang, juga merupakan jalan yang tertinggi di Semenanjung Malaysia pada ketinggian 2000 meter.Belok ke kiri dari rumah jaga di jalan Sungai Palas Estate, dan kemudian ambil kiri dan memandu dengan berhati-hati kerana jalan sempit dan agak curam.


Ladang Strawberi

  Ladang Strawberi
 




Ladang Teh Boh, Jalan Boh Habu Ringlet

Ladang Teh Boh, Jalan Boh Habu  Ringlet 

Keindahan Ladang Teh yang terletak di jalan berliku sepanjang 6 km melepasi kebun sayuran. Pelawat boleh melawat kilang sambil menikmati secawan teh Boh di kedai teh.


Tokong Sam Poh Brinchang 
Tokong Sam Poh
 

Tokong Sam Poh

Besar, direka dengan penuh hiasan tokong Buddha dibina megah di atas bukit pandangan panoramanya berlatarkan bandar Brinchang. Boleh sampai ke sini dengan mengambil simpang kiri pertama semasa meninggalkan Brinchang ke arah Tanah Rata, dan memandu perlahan-lahan dilorong sempit sepanjang 1 km meninggalkan Brinchang ke arah Tanah Rata, dan memandu perlahan-lahan dilorong sempit sepanjang 1 km.


Ladang Teh Sungai Palas

Ladang Teh Sungai Palas 

Panoramik indah  ladang teh yang di buka kepada pelawat  untuk melihat kilang, kedai teh dan pusat pandang dengar. Terletak di sepanjang jalan Gunung Brinchang. Belok ke kiri selepas Butterfly Farm dekat Equatorial Hill Resort.


Ladang bunga-bungaan

Ladang bunga-bungaan


Tapak Semaian Bunga Ringlet Ke Kampung Raja 

Terdapat beberapa buah tapak semaian bunga di sepanjang jalan utama dari Ringlet hingga ke Kampung Raja. Kebanyakan tapak semaian bunga ini  membenarkan pelawat-pelawat untuk melihat pelbagai pilihan.


Taman Rama Rama Ladang Kea , Brinchang.

  
Butterfly Farm 

Taman Rama-rama Ladang Kea , Brinchang.
Terdapat dua taman kupu-kupu di tanah tinggi. Ladang rama-rama dan Taman Rama-rama. Kedua duanya terdapat rama-rama yang banyak dan serangga lain termasuk Raja Brooke rama-rama yang begitu terkenal

Ladang Sayur Sayuran Ringlet ke Kampung Raja        

Ladang Sayur-sayuran

Ladang Sayur Sayuran Ringlet ke Kampung Raja Terdapat banyak kebun sayur di merata Cameron Highlands. Yang menarik untuk dilihat ialah disepanjang jalan Ladang Teh Boh di Habu dan dalam kawasan Kebun Kea di sekeliling Hotel Equatorial selepas Brinchang.


Air Terjun (Robinson)

Air Terjun(Robinson)

Walk Lorong 9 19A Tanah Rata .Bermula dari taman Persiaran Dayang Endah dan teruskan perjalanan hingga ke hujung jalan. Dengan melintasi satu jambatan kecil pada sebelah kiri anda untuk memulakan perjalanan.


Padang Golf

Padang Golf

Padang golf 18 lubang ini memberi keselesaan kepada pelawat-pelawat untuk bermain tanpa bahang dan kelembapan paras laut. Padang ini cukup mencabar dengan green yang rumit dan pemukaan yang beralun-alun. Paling sesuai bermain pada awal waktu pagi kerana hujan lebat pada waktu tengahari adalah perkara lumrah.


Ye Olde Smoke House

Ye Olde Smoke House

Dengan keindahan hotel Mock Tudor dan restoran yang mempunyai ruang istirahat yang mengagumkan dihiasi  perhiasan antik British. Minum teh petang dan skon serta terdapat pondok telefon British yang berwarna merah berhadapan dengan hotel ini melengkapkan satu pemandangan yang menarik

 Bharat Tea


Bharat Tea

Ladang Teh Bharat Ringlet  Jalan Tanah Rata Pemandangan ladang teh yang hebat dilihat dari Kedai Teh dan Cenderamata yang terletakkan sekitar 5 km dari Ringlet pada jalan utama.Tanah Rata

Merentasi Hutan Tanah Rata Dan Brinchang

Jungle Walks

Merentasi Hutan Tanah Rata Dan Brinchang.
Terdapat banyak jalan rentas menarik di Highlands. Ada jalan rentas yang mudah dan ada pula mengambil setengah hari untuk menamatkannya, kesemuanya menyeronokan .Anda boleh memilih sendiri jalan rentas terbaik yang paling sesuai untuk anda. Pihak hotel dan rumah pelawat mempunyai banyak pengetahuan berkenaan ini dan mereka mesra membantu.


Rumah Tasik Habu dekat Ringlet

The Lake House
Rumah Tasik Habu dekat Ringlet
Lakehouse
Habu dekat Ringlet
Keindahan Hotel Mock Tudor telah siap dibina pada tahun 1972. Perabot dalaman yang bertema kedesaan rumah Inggeris. Dipersembahkan dengan begitu cantik serta seronok untuk dilawati.